Tenggelamnya Kapal Prince of Wales: 20 Cerita Sukar Dilupa #(Q17)

RM17.00
Price in points: 17 points
Weight: 0.20 kg
978967362217
Out-of-stock

Tajuk : Tenggelamnya Kapal Prince Of Wales: 20 Cerita Sukar Dilupa
Pengarang : Anuar Othman
Penerbit : Ameen Books
ISBN : 9789673622177

 

Mentari 10 Disember 1941 itu akhirnya menunjukkan wajah sepenuhnya. Dunia kembali terang. Malam berganti siang. Begitulah putaran alam.

Dari jauh Abdul Rahman melihat empat objek bergerak ke arah utara dari selatan. Perlahan-lahan empat objek itu bertukar menjadi empat buah kapal perang.

"Ayah, ayah tengok itu!" Abdul Rahman memanggil bapanya yang sedang sibuk di dapur menyediakan sarapan, nasi lemak berlaukkan ikan selar.

Rahman melangkah keluar rumah dan berjalan ke arah Abdul Rahman yang berdiri di titian dekat dengan bekas besar yang berisi ikan hidup. Angin laut menghembus perlahan.

"Subhanallah! Itulah kapal perang Prince Of Wales dan Repulse. Kapal-kapal itu diiringi oleh kapal pemusnah - Electra dan Express. Perang Dunia Kedua telah meletus!"