Supir Pujaanku (L226,L133)

Rak: L133
RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.40 kg
9789671557716
Out-of-stock

===========================

Format : Kulit Nipis

ISBN : 9789671557716

Berat (Kg) : 0.401KG

Penulis : AEIN DHIYAUDDIN

============================

Halluu... Halluu... Halluu... Supir jelita anda sudah mari!- Afiyah 


Dia memang pelik. Menggelarkan dirinya supir kerana mahu lari dari gelaran driver atau pemandu yang sudah biasa orang gunakan. Penampilan pun memang pelik. Perempuan jelita yang acah-acah jadi lelaki atau tomboi.


Afiyah... awak sajalah harapan saya untuk menikah cepat-cepat dengan Liyana. Awak kena berlakon pura-pura nak rampas saya. Kalau dia cemburu, pasti dia akan setuju cepatkan pernikahan kami. – Arman 


Encik Arman, boleh tak jadi waras sikit. Bab rampas merampas ni bukan main-main tau. Saya tak nak kena simbah asid. Saya nak hidup normal- Afiyah 


Arman tiada jalan lain meminta Afiyah berpura-pura menjadi orang ketiga dalam pertuanangan dia dengan Liyana Azhar. Tunang kesayangan bermain tarik tali untuk menoktahkan hubungan mereka ke jinjang pelamin. Besar harapan agar Liyana cemburu dan setuju untuk lekas-lekas bersatu. Kerana kasihan Afiyah setuju. Namun dia hanya masuk ke dalam perangkap bila hatinya sendiri jatuh cinta kepada Arman.


Hubungan Afiyah-Arman-Liyana bertambah kusut apabila terjadi satu tragedi.


Kau saja kan nak perangkap aku! Perempuan gila harta! Kau tak layak jadi isteri aku- Arman 


Kenapa Encik Arman fikir saya gila sangat nak kahwin dengan encik. Saya pun tak hingin nak kahwin dengan lelaki mulut longkang macam encik ni- Afiyah 


Jodoh Arman dengan Liyana tidak kesampaian. Arman mengambil keputusan untuk mengejar supir pujaan hatinya namun kehadiran Syafiq Tan Sri Maaruf di sisi Afiyah membantutkan usahanya. Dia mahu akur kepada takdir namun hatinya mendesak untuk dia mendapatkan Afiyah. Apakah usaha yang harus dia lakukan? Haruskah dia merebut cinta hatinya dari lelaki lain? Tegakah Arman pula yang menjadi orang ketiga?

Penerbit:
Brother Publication
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
165 Muka Surat
Rak:
L133