Rindu Pada Dia

Rak: L226
RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.41 kg
9789672137214
Out-of-stock
===========================
Format: Paperback
ISBN-13:9789672137214
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama April 2018
Jumlah Muka Surat: 522
Berat (Kg): 0.409
Penulis: Aidah Bakri
===========================
 
Sinopsis
INARA
Dilamar oleh cinta pertama, masakan mahu ditolak. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Sudah terbayang bahagia hidup bersama nanti. Namun cinta yang tidak berbalas dulu, tetap tidak berbalas meski diri sudah bergelar isteri. Dia hanyalah singgahan sementara.
"Diam adalah cara yang paling tepat saat rindu tak berbalas." Luah Inara tanpa sedar. Hujung matanya terasa hangat. Abang Is! Hati masih menyeru nama yang satu itu.
"Diam adalah cara yang paling tepat saat bibir tak pandai meluah luka sedangkan hati juga sudah tak cukup kuat untuk menahan." Setitis air mata Inara jatuh ke pipi. Namun pantas dia sapu dengan hujung kain telekung. Wahai diri, jangan menangis di hadapan lelaki ini!
Benarkah cinta yang dikejar, memang meninggalkan luka akhirnya?
AFKAR Diduga dengan kehilangan orang tersayang, membuat jiwanya turut dibawa pergi. Hidup yang dilalui hanya terasa gelap sehingga kehangatan mentari bagai tak terasa. Namun sejak terpandangkan wanita itu, jiwa dia bagai disiram salju. "Jangan lokek sangat Inara. Tak jadi dosa kalau awak izinkan saya menumpang kasih sayang anak awak."
Ubat untuk jiwanya ada pada Inara. Lantas hati Inara yang masih cedera parah, cuba dipulihkan dengan caranya sendiri. "Pasti ada hikmahNYA Inara. Pasti ada lukisan takdir yang lebih indah buat awak dan Anas."
Akan terbukakah hati Inara untuk Afkar? Atau masih diakah yang beraja di hati? Mampukah Afkar menampal luka yang begitu parah di hati Inara?
Penerbit:
Idea Kreatif
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
522 Muka Surat
Rak:
L226