Nikmat Taman Syurga (L126)

RM28.00
Price in points: 28 points
Weight: 0.48 kg
978-967-361-087-7
Out-of-stock
===========================
Format: Paperback
Saiz: 6'' x  9''       
ISBN-13: 9789673610877
Tarikh Terbit: 2013
Jumlah Muka Surat: 488
Berat (Kg): 0.48
Penulis: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
===========================
 
Sebagai muslim, pasti sedar bahawa lafaz 'Mauizhah' adalah salah satu ungkapan yang terkandung dalam al-Quran. Ia membawa maksud 'Peringatan' daripada Allah SWT. Ini kerana kebanyakan manusia di dunia ini menjadi sasaran musuh utama mereka iaitu Syaitan dan Iblis yang sentiasa tidak memberi peluang dan ruang untuk mereka menjadi baik. Justeru, makhluk terkutuk itu sedaya upaya mungkin mengadakan pelbagai pendekatan yang bersifat seronok agar manusia tersungkur menjadi hamba nafsu yang merugikannya di akhirat. Namun Allah SWT tidak akan membiarkan hamba-hambaNya yang solih turut terjerumus dalam kancah yang merugikan akhirat mereka, maka Allah menyediakan bagi mereka 'Mauidzah' agar mereka menggunakannya sebagai jalan untuk selamat. Al-Quran yang bersifat panduan terutama dalam membina kahlak dan jati diri muslim sejati berpaksikan al-Quran dan hadis-hadis baginda SAW. Buku 'Nikmat Taman Syurga' ini adalah kesinambungan buku 'Mauizhah'.

Ia lebih bersifat penjelasan kepada kitab 'Mauizatul Mukminin' karya Syeikh Jamaluddin al-Qasimi iaitu ringkasan daripada kitab agung 'Ihya' Ulumiddin' karya Imam al-Ghazali yang diakui berkesan dalam membangun jiwa manusia melalui aspek akhlak sesama muslim melalui hubungan silaturrahim dan sebagainya. Buku ini dipersembahkan kepada masyarakat hari ini memandangkan isu-isu yang berlaku dalam kalangan mereka berkisar mengenai akhlak yang tidak seimbang dunia dan akhirat. Mudah-mudahan ia menjadi sumber rujukan yang bersifat realiti buat umat Islam.