========================
Format: Paperback
Saiz: 7 x 10
ISBN-13: 978-967-411-849-5
Tarikh Terbit: 13 Mar 2017
Jumlah Muka Surat: 80
========================
Sinopsis
Bagaimanakah seorang tentera bertubuh kecil dari sebuah pulau menjadi Napoleon Pertama dan Maharaja Perancis?
Seorang jeneral, konsul, dan anak muda yang bercita-cita tinggi ini adalah seorang reformis yang bersemangat tinggi. Menerusi Revolusi Perancis, beliau berjaya menggulingkan sistem aristokratik yang menjadi amalan rejim lama. Beliau juga adalah pengasas negara moden dan genius dalam bidang ketenteraan yang mendominasi monarki-monarki di Eropah.
Novel grafik ini mengisahkan tentang kebangkitan jeneral muda Bonaparte dan siri kempen awal ketenteraannya, daripada penaklukan Toulon hingga ke kempen ketenteraannya di Itali serta kepulangannya dari Mesir.
Review
Memaparkan kisah awal Napoleon Bonaparte, bg saya ini adalah pengenalan kepada siapa beliau dan perjalanan beliau secara ringkas. Kisah peperangan yang diceritakan tidak lah bersifat dramatik. Ianya lebih kepada fakta sejarah, dan penulis telah jelaskan pada akhir buku ini bahwa ia mengambil penceritaan daripada sumber yang dikenal pasti sahih. Buku ini susunan buku2 yang diterjemahkan daripada bahasa Perancis, seni grafik juga menarik dengan kertas glossy.