Menolak Celaan Terhadap Ulama (L85)

RM15.00
Price in points: 15 points
Weight: 0.20 kg
978-967-361-176-8
Out-of-stock
===========================
Format: Paperback
Saiz:
6 " x 9
ISBN:
9789673611768
Jumlah Muka Surat: 136
Berat (Kg): 0.20
Penulis: Ibnu Taimiyyah
===========================
Kata al-Imam al-Zahabi:
“Setiap orang boleh diambil dan ditolak pendapatnya, kecuali Rasulullah s.a.w. Namun jika seseorang imam itu tersilap dalam ijtihadnya, tidak wajar untuk kita melupai kebaikan-kebaikannya dan menutup amalan-amalan makrufnya. Bahkan kita beristighfar untuknya dan memaafkannya” [Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 18/157].
 
Perselisihan pendapat adalah suatu fitrah yang tidak mungkin dapat dielak oleh manusia. Sama ada di dalam urusan agama, mahupun kehidupan seharian, hal ini kerana berbezanya tahap kecerdasan dan kefahaman manusia. Perselisihan dalam penetapan suatu hukum telah pun berlaku sejak zaman para sahabat lagi, dan akan berterusan sehingga hari ini, bahkan sehingga hari kiamat. 

Buku yang berada di tangan anda ini, di antara perbahasannya ialah penerangan tentang; 1-Kenapa terdapat ulama menyelisihi hadis sahih? 2-Terdapat sahabat yang tidak sampai kepada mereka hadis Nabi SAW 3- Kesan perselisihan hadis terhadap perselisihan pendapat ulama 4-Adakah ulama dianggap telah menghalalkan yang haram jika mereka menyelisihi hadis yang mengharamkan sesuatu perbuatan? 

Tidak syak lagi, karangan Ibnu Taimiyyah ini begitu bernilai untuk difahami dan dijadikan panduan untuk mengharmonikan perbalahan dan percakaran yang timbul akibat daripada ketidak fahaman umat islam di dalam menyantuni perselisihan pendapat. Selamat membaca!