Tajuk:Menang dan Terbuang: Demokrasi , 'Deep State' dan Darurat
ISBN:9789672007470
Penerbit: ILHAM Books
Penterjemah: Muhaimin Sulam
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat:269
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.336 kg
Dimensi (cm): 20.5 cm x 13.5 cm x 1.5 cm
SINOPSIS
Muhaimin Sulam adalah seorang manusia yang bermaudukkan budaya politik watan yang beradab. Kepada beliau; adab, identiti dan estetika merupakan elemen paparan budaya politik. Beliau bijak membezakan penggunaan alat dan ilmu, serta gabungan alat dan ilmu berdasarkan kepada prinsip 'patut' dalam pembinaan negara bangsa. Prinsip ini kian pups dalam senario wacana dan amalan budaya politik Malaysia. Beliau boleh membuka satu rang bicara meletakkan wacana adab politik di tempt yang sepatutnya.
PROF, DATO' DR. AHMAD MURAD MERICAN
Profesor Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC-IIUM)
Kehadiran buku yang merupakan himpunan artikel-artikel Dr. Muhaimin Sulam semenjak zaman PH sehinggalah pasca Langkah Sheraton merupakan coretan yang mempunyai nilai sejarah dan akademik tersendiri. Beliau hadir sebagai pemerhati merangkap aktor yang melalui sendiri pengalaman-pengalaman tersebut walaupun bukan sebagi pemain utama. Seperkara mengenai koleksi tulisan Dr. Muhaimin Sulam ialah kemampuan beliau mencantumkan untaian-untaian metafora dengan fakta-fakta yang sarat dengan nilai sejarah yang beliau amati, tekuni dan sekaligus melontarkan kritikannya.
DR. MASZLEE MALIK
Mantan Menteri Pendidikan Malaysia & Ahli Parlimen Simpang Renggam
Buku in juga adalah mengenai cabaran. Cabaran dan tribulasi dalam memberi akar dan memupuk cambahnya harapan dan semangat kebangsaan Malaysia yang terhadang sekian lama. Cabaran itu mengambil bentuk kekosongan jiwa kebangsaan, kejahilan dan buta sejarah, minda yang disi dengan unsur penjajahan dan pembaratan atau pun kekeliruan dan kekaburan. Atau a juga lahir daripada sikap tidak amanah dan curang yang tumbuh secara diam-diam; atau impian bear orang politik untuk merebut kedudukan dan kuasa.
SYED PUTRA SYED AHMAD
Mantan Ketua Unit Buku Harakah