Ini Sejarah Kita #(L35)

RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.45 kg
978-967-11678-0-9
Out-of-stock
===========================
Format: Paperback
Saiz: 6 " x 8.4”
ISBN-13: 978-967-11678-0-9
Jumlah Muka Surat: 368
Berat (Kg): 0.45
===========================

Semalam kaum Muslimin tidak kenal hidup tanpa Khalifah yang mereka berikan bai'at agar diberikan naungan. Aqidah yang benar menjadi dasar pemersatu seluruh kaum Muslimin daripada timur hingga ke barat tidak kira bangsa, ras atau budaya. Hukum Al-Quran dijulang tinggi menjadi dasar perlembagaan dan menjadi neraca setiap urusan kehidupan tanpa ada yang terkecuali.

Bayangkan anda sedang melancong ke wilayah-wilayah Islam pada era ini daripada tanah Melayu. Anda akan melalui satu empayar yang terbentang luas daripada timur hinggalah ke Sepanyol dengan satu visa perjalanan yang dinaungi oleh Khalifah. Khalifah Harun ar-Rasyid menggambarkan keluasan ini ketika diceritakan yang dia pernah berkata kepada awan,

"Pergilah ke mana sahaja, nescaya hasilnya akan kembali kepadaku jua."

Dua empayar besar dunia kita tewaskan. Byzantin (Rom Timur) jatuh setelah kekalahan mereka di Al-Quds dan Mesir manakala Parsi berakhir setelah berakhirnya Kisra dalam pertempuran Nahawand (21H) yang dipimpin oleh An-Nu'man bin Muqrin.

Kalimah Islam bergema ke seluruh pelusuk dunia dan Islam dihormati sebagai agama dan ummah. Tiada kuasa yang mampu menandingi kita baik dalam keluasan wilayah mahupun peradaban. Umat Islam menjadi rujukan dalam segala hal dan menjadi ummah yang paling dikagumi oleh Eropah.

Rahmat dan keadilan yang dijanjikan Allah terhadap umat terbaik ini terpancar ke seluruh dunia. Benarlah sabda Nabi saw,

"Yang kamu akan melihat seorang wanita melakukan perjalanan dari Al-Hairah sampai thawaf di Ka'bah, ia tidak takut apapun kecuali Allah. (HR Bukhori)