Hikayat Abdullah Jones (Q2)

RM20.00
Price in points: 20 points
Weight: 0.11 kg
9789671331842
Out-of-stock
Format: Paperback
ISBN: 978-967-1331-84-2
Penulis: Abdullah Jones 
Tahun Terbit: 2016
Jumlah Muka Surat: 128
==================== 

Arakian adapun Abdullah Jones itu berkelana lama di Leicester, di sebuah bandar berkeluasan 73.32 km persegi yang terletak di tengah-tengah England, United Kingdom.

Apabila ditanya, "Buat apa lama-lama di sana, Dolloh? Sambung belajar ke?" Abdullah Jones jawab, "Dok! Saje pegi holiday, pegi joli! Keh (saya) kan anok orang kaye. Ha ha ha."

Sama seperti budak-budak indie sekarang, Abdullah Jones mencari sebahagian (atau sepenuh) diri sendirinya yang telah hilang. Entahlah! Cuma, kamu mencarinya di sini; dia mencarinya di sana. Sebab? Seabb dia anak orang kaya, kacak dan ada gaya. Dan..., sebab dia boleh!

Dalam pencarian itu, - Abdullah Jones mencatat 'kemahiran berfikir, kreatif, dan kritis'nya di media sosial. Dia membanding-bandingkan nilai insaniah masyarakat di kedua-dua buah negara seperti seorang ahli botani yang membanding-bandingkan sebiji timun dengan sebiji epal. "Satu, buleh cicoh sambal belacan...satu lagi, dok buleh wo!"

Sesekali dia 'menjentik' kita dengan tulisan-tulisannya itu. "Nok suruh orang buat baik...dok perlu jerit-jerit! Kasor! Mok kite dok pernoh ajor ke kite perangai macam tu! Jadi, kite tulis sahaja. Dok le nampok macam setan sangat, aokme!"

Buku Hikayat Abdullah Jones ini ditulis dari tahun 2005 sehingga 2006. Tulisannya dari tahun 2007 sehingga 2011 akan kami bukukan dalam buku yang lain nanti.

Akhirulkalam, selamat membaca dan selamat bergelak ketawa adanya. Dan, kalau terserempak dengan Abdullah Jones di mana-mana - jangan lupa minta bunga!