DINOSOUR SUDAH PUPUS. TAPI, BANGSA YANG MEMBACA, LEGASINYA AKAN BERKEKALAN.

Jangan buat pembelian di sini. Abam T-Rex nak fokus membaca buku tanpa gangguan. 

Untuk pembelian buku secara online, terus pergi ke website

BOOKCAFE: KEDAI BUKU ONLINE

Klik Di Sini

 


Igau (L28)

"Ia ada bersama malam"
RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.51 kg 
9789671445983
3 pieces
+

IGAU

"Malam tu I tak sempat nak selamatkan you. Tembakan yang Am lepaskan tepat mengena dan menembusi leher you. Betul cakap dia, I yang dah kalah. I dah hilang you sayang. I hilang you buat selama-lamanya. I juga hilang anak I. Apa lagi yang mampu I lakukan sekarang? I sorang-sorang dekat sini. I sunyi tanpa you di sisi. I dah kalah dengan Am sayang. Dan dia dapat you. Walaupun I katakan pada dia yang dia takkan dapat hidup dengan you, tapi dia mati dengan you. I mintak maaf sayang" Hafiey menangis teresak-esak. Dia usap gambar aku yang tertera di skrin smartphonenya. Aku dah mati? Betul ke aku dah mati? Aku tak percaya dengan apa yang aku baru dengar. Kalau aku dah mati, kenapa aku ada dekat sini? Kenapa aku masih boleh nampak Hafiey?

BEBASKAN AKU DARI CINTAMU

"Binatang! Hidup kau takkan selamat! Aku...aku akan laporkan pada pihak polis!"

"Cubalah buat! Kau takkan lepas ke mana-mana." cabar lelaki itu. 

"Walaupun...aku...aku harus merangkak...aku akan...pergi dari sini". suara Anisa teresak-esak, suaranya terlalu payah untuk meletus keluar.

Lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau dari celah but di kaki. Dia mengacah-acah pisau itu ke perut Anisa. 

"Kau takkan lepas kemana-mana!" jeritnya dengan kuat, kemudian ketawa seperti orang gila.

Wajah Anisa pucat lesi. Ketakutan makin menjadi-jadi. Anisa memejamkan matanya. Dia berserah kepada Tuhan. Segala yang terjadi adalah kehendakNya jua. Tuhan! Selamatkanlah aku dari perangkap maut, doa Anisa.

APARTMENT

"Kau...Kenapa ikut...Kak As tadi? Dia bukan Kak As...bukan.."Shamira berkata perlahan. Dang! macam kena hempuk dengan kerusi bila aku dengar apa yang Shamira kata. 

"Mana kau tahu?? kak As kot tu, kau jangan, beb."

"Serius, tu bukan..."

"Habis tu?" 

"Assalamualikum..." terdengar suara memberi salam. Oh, perhaps this is the real one. Aku buka pintu dengan mulut kumat-kamit ayat Kursi. Dan senyuman ramah Kak As menyapa. "Kenapa naik dulu tak tunggu akak  tadi? Ni akak bawakan al-Ma'surat tu," aku sengih tipu, nak luluh jiwa raga dengar permintaan Kak As... Err, habis tadi apa benda yang aku ikut naik tingkat sepuluh tu??

Penerbit:
Tebook Press
Format:
Paperback
Muka Surat:
492 Muka Surat

 

 

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini