SIBLINGS WITHOUT RIVALRY: Edisi Bahasa Melayu (L160,K136)

RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.40 kg
978-967-481-213-3
81 pieces
+

"Pergaduhan mereka selalu membuatkan saya naik darah."

"Saya tidak tahu perkara apa yang akan berlaku dahulu. Sama ada mereka akan saling mencederakan atau saya yang akan mencederakan mereka."

"Hubungan saya dengan mereka baik baik sahaja. Namun, apabila mereka berdua bersama, saya tidak boleh tahan dengan perangai keduanya.''

Ini topik yang sangat panas. Tidak kira lokasi kami berada, apabila kami mengajukan topik pergaduhan adik-beradik, kami menerima pelbagai reaksi serta-merta dan cukup beremosi. Nyata ini adalah masalah sejagat. Masalah yang serius dan menusuk perasaan yang paling dalam.

Buku ini adalah hasil daripada kesemua sesi bengkel dan semua perkara yang kami lakukan bertahun-tahun lamanya. Kesimpulan daripada semua itu? Kami percaya yang kita sebagai ibu bapa mampu membuat perubahan.

Kita mampu menyemarakkan lagi daya persaingan itu ataupun mengurangkannya. Kita boleh mendiamkan sahaja suasana permusuhan itu ataupun membantu melepaskannya dengan cara yang selamat.

Kita boleh membiarkan pergaduhan berterusan ataupun memastikan mereka bekerjasama. Perilaku dan perkataan kita sememangnya berkuasa. Apabila Peperangan Adik-beradik bermula, kita tidak perlu lagi rasa kecewa, naik darah, atau tidak berdaya.

Bersenjatakan kemahiran baru dan pemahaman baru, kita mampu membawa permusuhan ini kepada perdamaian.

 

PELENGKAP KEPADA BUKU "HOW TO TALK SO KIDS WILL LISTEN & LISTEN SO KIDS WILL TALK"

Ketika kami menulis buku 'How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk', kami menghadapi beberapa masalah. Terlalu banyak kisah berkaitan pergaduhan adik-beradik. Kami baru sahaja menulis separuh jalan, tetapi bab itu sahaja sudah mencapai lebih satu ratus muka surat.

Kami berusaha untuk memotong, menyunting, dan membuang bahagian yang dirasakan tidak perlu supaya ketebalannya seimbang dengan bab lain. Namun, semakin banyak bahagian yang dipotong, kami menjadi semakin tidak puas hati.

Kebenaran itu mula menghantui kami.

Bagi membincangkan topik ini dengan lebih lanjut, kami perlu menghasilkan satu buku khusus tentangnya. Apabila keputusan itu sudah diambil, perancangan lain semakin jelas. Kami akan meletakkan maklumat yang mencukupi tentang cara menangani konflik dalam buku How To Talk... bagi membantu para ibu bapa di luar sana. Tetapi, dalam buku mengenai adik-beradik ini pula, kami akan kongsi semua perkara berkaitan adik-beradik.

 

ISI KANDUNGAN

Penghargaan

Sejarah Kewujudan Buku ini

Bab 1: Adik-Beradik. Dulu, Kini, dan Selamanya
Bab 2: Akhirnya Perasaan Buruk Keluar Jua
Bab 3: Bahaya Perbandingan
Bab 4: Sama Rata Itu Kurang Sebenarnya
Bab 5: Adik-Beradik dan Peranan Masing-Masing
Bab 6: Apabila Anak-Anak Bergaduh
Bab 7: Berdamai dengan Masa Lalu

Nota Khusus
- Cara Memupuk Perasan Kasih Sayang antara Adik-Beradik
- Maklum Balas Awal
- Kesimpulan
- Kita Adik-Beradik, Selamanya

Penerbit:
PTS PUBLISHING HOUSE
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
293 Muka Surat

 

 

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini