DINOSOUR SUDAH PUPUS. TAPI, BANGSA YANG MEMBACA, LEGASINYA AKAN BERKEKALAN.

Jangan buat pembelian di sini. Abam T-Rex nak fokus membaca buku tanpa gangguan. 

Untuk pembelian buku secara online, terus pergi ke website

BOOKCAFE: KEDAI BUKU ONLINE

Klik Di Sini

 


Internet dalam Pendidikan (L34)

Rak: L73
RM52.00
Weight: 0.45 kg 
9789838613125
7 pieces
+

Format: Paperback
ISBN: 978-983-861-312-5
Pengarang: Rozinah Jamaludin 
Tahun Terbit: 2007
Jumlah Muka Surat: 253

==========================

Pengetahuan Internet dalam pendidikan bukan lagi merupakan perkara yang asing dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi. Pengajaran dan pembelajaran kini boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja tanpa mengambil kira jenis komputer, tempat dan geografinya. Pengenalan pembelajaran elektronik (e-pembelajaran), pendidikan jarak jauh, pembelajaran-m (mobile learning), dan pendidikan dalam talian pada peringkat asas juga merujuk kepada penggunaan Internet dalam pendidikan.

Secara keseluruhan, buku ini mendedahkan kepada pembaca aspek teori dan praktikal penggunaan Internet dalam pendidikan. Secara teori, bermula dari pengenalan dan sejarah evolusi Internet, mengapakah Internet sangat penting dalam pendidikan pada hari ini, bagaimanakah kita dapat dihubungkan kepada Internet, apakah keperluan-keperluan perkakasan dan perisian yang diperlukan, siapakah pengguna Internet, berapa bilangan pengguna di dunia dan juga di Malaysia hinggalah bilakah Internet diaplikasikan dalam dunia pendidikan. Tidak ketinggalan reka bentuk pengajaran berasaskan web dan cara membangunkan laman web dengan menggunakan Flash dan Dreamweaver yang kini merupakan alat pengarangan web yang terkenal.

Penilaian web secara formatif atau sumatif, dan mendedahkan isu-isu etika supaya pembaca sedar apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan semasa merayau dalam web turut dibincangkan. Penulis juga menonjolkan kegunaan Internet pada masa hadapan baik dari segi infrastruktur, pendidikan dan juga dalam bidang perniagaan dan telekomunikasi.

Rak:
L73

 

 

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini