Aqidah Tahawiyyah: Syarah dan Ulasan (L15)

Rak: L27
RM48.00
Price in points: 48 points
Weight: 0.60 kg
9789671443194
6 pieces
+

============================

Format: Kulit Nipis
ISBN-13: 978-967-14431-9-4
Tarikh Terbit:  2018
Jumlah Muka Surat: 454

Berat (Kg): 0.598
Penulis: Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani
===========================
 
SINOPSIS
 
Kitab ‘Aqīdah al-Ṭaḥāwiyyah ini adalah sebuah kitab matan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah yang dikarang oleh Imām Abū Ja‘far al-Ṭaḥāwī rahimahullāh dan disertakan dengan syarahan serta ulasan oleh Syaikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī rahimahullāh. Ini merupakan kitab permulaan yang sangat baik bagi mereka yang ingin mendalami akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah. Syarahannya begitu ringkas, tetapi padat. Buku ini juga penting untuk membetulkan persepsi sebahagian pihak yang menuduh Syaikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī dengan tuduhan-tuduhan yang tidak benar seperti beliau berakidah murji’ah. Di dalam buku ini kita dapat melihat bagaimana beliau men-taqrir-kan masalah iman sesuai dengan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah.
 
Jika dibandingkan buku ini dengan kitab-kitab akidah para imām terdahulu, contoh yang pertama berkenaan dengan status al-Qur’ān sebagai kalam Allāh ataupun sebagai makhluk. Kita boleh lihat bahawa pandangan yang dikemukan di dalam buku ini selari dengan pandangan Imām al-Ṭabarī di dalam kitab Ṣarīḥ al-Sunnah, Imām Aḥmad di dalam Syarḥ Uṣūl al-Sunnah dan al-Lālikā’ī di dalam Syarḥ Uṣūl al-I‘tiqād Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah. Selain itu, banyak lagi contoh-contoh yang boleh dikemukakan seperti keberadaan Allāh di atas ‘Arsy, masalah pembahagian iman, kudrat dan irādah Allāh, masalah qaḍā’ dan qadar dan lain-lain.
 
Pada asasnya, kebanyakan ulasan yang dibawakan oleh Syaikh Al-Albani berkenaan dengan akidah yang dimuatkan di dalam buku ini merupakan saringan dan ringkasan daripada pandangan ulama-ulama terdahulu. Kebanyakannya dinukilkan daripada kitab Syarḥ al-‘Aqīdah al-Ṭaḥāwiyyah yang dikarang boleh Imām ibn Abī ‘Izz al-Ḥanafī. Ada sebahagian daripada matan al-Ṭaḥāwiyyah ini diberikan ulasan yang ringkas, dan ada yang diberikan ulasan yang panjang. Selain itu, ada juga yang tidak diberikan apa-apa ulasan kerana barangkali Syaikh al-Albānī berpandangan bahawa matan tersebut sudah jelas dan tidak perlu diberikan apa-apa ulasan lagi.
Penerbit:
Karya PiS Sdn Bhd
Muka Surat:
454 Muka Surat
Rak:
L27