Diari Musafir Jangan Berhenti 'Berlari' (C146)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.57 kg
978-983-097-344-9
Out-of-stock

“Sukar bagaimana?”  tanya saya kepada Toriq.

“Sehingga, jika aku masuk ke sana pun, aku mingkin lulus tetapi hanya cukup maan sahaja.  Tetapi, jika orang macam kamu masuk, memang tiada harapan,”  katanya selamba.

… Saya memang minat mengaji ilmu Usul Fiqh Tinggi ini erana menyedari keperluannya amat tinggi jika saya ingin mendapat pahala besar dan berterusan sehingga selepas kematian….

“Zaharuddin!  Apa yang engkau lakukan?”  teriak Toriq selepas sama-saka melihat markah kami yang terpampang di dinding Fakulti Syariah.  Tangannya menepuk-nepuk bahu dan belakang saya.

Dengan izin Allah, saya muncul sebagai pelajar yang memperoleh markah tertinggi menewaskan seluruh pelajar Arab dari Jordan, Bahrain, Saudi, Iraq dan Mesir.  Kelas peringkat Sarjana (MA) untuk subjek ini tersebut mempunyai sekitar 40 orang pelajar.  Terdapat beberapa pelajar yang gagal termasuk pelajar Malaysia.  Pelajar-pelajar Malaysia ini akhirnya tidak berjaya menamatkan pengajian, tinggallah saya pelajar Malaysia dan Asia yang tunggal di Fakulti Syariah Universiti Al-Yarmouk di peringkat Sarjana.

Ulasan:

Tertarik membeli buku ini disebabkan nama Dr. Zaharuddin sendiri, selepas mengikuti segmen muamalat setiap Rabu di radio IKIM.  Selepas baca sinopsis di belakang buku, rasa excited pulak nak membacanya.  Bila baca, memang rasa berbaloi beli buku ini especially untuk dibuat koleksi.  Banyak pengajaran / motivasi yang kita boleh dapat dari buku ini.

Pengalaman-pengalaman yang dilalui Dr. Zaharuddin semasa menyambung pengajiannya diluar negara, karenah-karenah penduduk di sana, kepayahan dan keazamannya memang banyak yang boleh dijadikan iktibar.  Cabaran sebagai pelajar, ketua keluarga, pendakwah yang menuntut pengorbanan masa, wang dan tenaga memang menginsafkan kita yang tak seberapa ini.