ISBN : 9789832052678
Jumlah Muka surat : 75
Berat :0.13g
===============
Ayyuhal Walad
Apabila kita cuba meneliti kandungan surat Imam Al Ghazali R.A ini, kita akan mendapati bahawa beliau sangat ikhlas sekali di dalam memberi nasihat dan dicelah-celah ungkapan beliau tersingkaplah kebolehan Imam Al Ghazali dalam menggambarkan tipuan negeri dunia yang fana ini dan kekalnya negeri akhirat dan betapa perlunya kita kepada iman, amal soleh dan kejernihan jiwa. Kita juga dapat melihat kasih sayang Imam Al Ghazali terhadap murid-muridnya menerusi nasihat ini kerana ia disampaikan dalam bahasa halus, mencuit perasaan, menyentuh hati nurani sehingga kadang-kadang dapat mengalirkan air mata dan memberi kesan yang sangat mendalam sekali di hati para pembacanya dan membawa kepada suatu perubahan dalam kehidupan.