Atuk Ceritalah Lagi (Q20)

RM12.90
Price in points: 13 points
Weight: 0.13 kg
978-967-449-112-3
Out-of-stock
 ===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5
ISBN: 978-967-449-112-3
Jumlah Muka Surat: 160
Berat (Kg): 0.13
===========================
 
Di dalam Al-Quran, ada juga diceritakan tentang perkakasan yang digunakan oleh ahli syurga. Macam juga di dunia. Ahli syurga makan dan minum menggunakan pinggan dan gelas dan perkakasan lain. Tapi tentulah perkakasan ahli syurga lebih istimewa. Hah, pinggan atau bekas makanan ahli syurga dibuat daripada emas dan perak. Bukan plastik atau kaca murah macam yang kita biasa gunakan di dunia. Atuk sendiri tak dapat bayangkan betapa nikmatnya makan dan minum guna bekas daripada emas dan perak!” kata atuk.
 
Cuti persekolahan ‘Umar dan adik-adik kali ini dihabiskan bersama atuk dan opah di kampung. Sebagai abang yang sulung, ‘Umar kadangkala berasa letih untuk melayan kerenah adik-adiknya yang sering bertelagah terutamanya si Kembar Usman dan Hamzah. Mujur ada atuk. Sepanjang cuti persekolahan mereka, atuk gemar bercerita tentang syurga. ‘Umar dan adik-adik berasa takjub.
Dalam diam, mereka memasang azam untuk sama-sama mengejar syurga Ilahi. Namun, hendak masuk ke syurga, kita perlulah memiliki kuncinya. Nak tahu kunci ke syurga? Dapatkan kisah “Atuk, Ceritalah Lagi!” sekarang!